fbpx

13 kematian Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Sebanyak 13 kes kematian Covid-19 dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,831 kes.
Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Terdapat tiga kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID 6,420 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Pulau Pinang (2), Sabah (2), Kuala Lumpur (2), Johor (1), Kedah (1), Kelantan (1), Melaka (1), Negeri Sembilan (1), Perlis (1) dan Selangor (1) serta tiada kematian di Pahang, Perak, Sarawak, Terengganu, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 41,129 kes aktif melibatkan 34,253 kes dikuarantin di rumah, 3,989 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,725 kes di hospital, 86 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 76 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI