fbpx

Wanita tertekan tunang minta ibu bapa taja majlis kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wanita itu telah berkali-kali memaklumkan bahawa ibu bapanya tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan yang besar. – Shutterstock

LONDON – Seorang bakal pengantin meluahkan rasa berang apabila tunangnya menuntut pembiayaan lengkap bagi kaum wanita keluarga lelaki itu semasa majlis perkahwinan mereka, lapor laman berita Mail Online, semalam.

Pengantin yang tidak menyatakan identiti itu berkongsi masalah tersebut di sebuah kumpulan perkahwinan di Facebook sambil meminta nasihat daripada pengguna media sosial yang lain.

Menurutnya, kedua-dua ibu bapanya sebelum ini telah menawarkan untuk membiayai apa-apa perbelanjaan bagi membantu keluarga pihak lelaki sebagai tanda mengikut tradisi.

Bagaimanapun, kemurahan hati mereka disalah guna oleh keluarga tunangnya dengan meminta perbelanjaan yang tidak masuk akal untuk keseluruhan perkahwinan.

Tambah wanita tersebut, tunangnya sering bercakap mengenai perkara itu meskipun dia telah berkali-kali memaklumkan bahawa ibu bapanya tidak mampu untuk mengeluarkan perbelanjaan yang besar.

“Bagi saya, jika anda sudah berdepan dengan isu begini sebelum kahwin, lebih baik batalkan sahaja perkahwinan. Jelas bahawa dia bukan seorang yang memahami. Perkahwinan adalah satu perkongsian yang adil,” kata seorang netizen.

“Berkahwin adalah keputusan yang dibuat antara anda dan pasangan. Ia tiada kena mengena dengan sesiapa pun. Jadi, orang lain tidak seharusnya mengeluarkan wang belanja (untuk majlis perkahwinan),” komen seorang pengguna. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI