TELEFON pintar kini menjadi satu peranti yang wajib dimiliki oleh setiap orang.
Ia dihasilkan bukan sekadar sebagai alat komunikasi semata-mata, malah ia juga boleh digunakan untuk lain-lain kegunaan.
Ramai antara kita juga menjadikan telefon pintar sebagai alat untuk menonton video dan juga filem.
Sebahagian daripada kita sudah biasa menggunakan mod eye comfort yang mungkin mengubah paparan menjadi warna kekuningan dan ini menganggu pengalaman menonton.
Namun, melalui Honor 50 Lite, kita dapat menangani isu tersebut apabila peranti itu mendapat Pensijilan TÜV Rheinland Tahap Perkakasan untuk skrin paparannya yang memberi perlindungan kepada mata.
Dalam pada itu, Honor 50 yang bersaiz 6.67 ini dilengkapi dengan paparan FullView Honor yang besar dan DCI-P3 Wide Color Gamut untuk kesan visual jelas dan memuaskan.
Tampil dengan rekaan bingkai super narrow 1.05mm, peranti ini mencapai 94.4 peratus nisbah skrin ke badan, sekali gus memberi pengalaman menonton yang tiada tandingan.
Dengan Pensijilan TÜV Rheinland Tahap Perkakasan pertama di dunia, pengguna boleh yakin dengan pengalaman menonton terbaik biarpun digunakan untuk tempoh lama tanpa mengaktifkan mod eye comfort.
Fungsi perlindungan mata ini sangat sesuai bagi pelajar yang sedang mempertimbangkan untuk menggunakan telefon pintar untuk mengikuti kelas dalam talian.
Bukan itu sahaja, peranti ini yang mempunyai paparan keselesaan mata, Honor 50 Lite juga hadir dengan True Color Display yang merupakan pelarasan suhu warna automatik untuk pengalaman tontonan yang selesa.