fbpx

Tiga lagi kluster babitkan institusi pendidikan di Kedah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SMK Changlun

ALOR SETAR – Sebanyak tiga lagi kluster baharu Covid-19 membabitkan institusi pendidikan di negeri ini diisytihar hari ini.

Pengarah Kesihatan Negeri Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, kluster itu ialah Kluster Dah Padang Halban di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Changlun di daerah Kubang Pasu dan Kluster Dah Sungai Kob di SMK Sungai Kob di Kulim.

Katanya, satu lagi kluster ialah Kluster Dah Sungai Limau di Sekolah Menengah Agama (SMA) Saadah Al-Diniyah Al-Islamiyah di Yan.

“Kluster Dah Padang Halban merekodkan kumulatif 25 kes, Kluster Dah Sungai Kob 37 kes dan Kluster Dah Sungai Limau 27 kes,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kosmo! semalam melaporkan mengenai dua kluster baharu yang diisytiharkan membabitkan institusi pendidikan di negeri ini iaitu Kluster Dah Jalan Pantai di SMK Kota Kuala Muda dan Kluster Dah Penyarom di Maktab Mahmud Pendang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI