fbpx

Tiada sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown Bangkok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUASANA sambutan Tahun Baru Cina di kawasan Jalan Yaowarat, Bangkok pada 2014. - Aleksandr Zykov / CC BY-SA 2.0

BANGKOK – Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, Bangkok dibatalkan berikutan kebimbangan mengenai varian Omicron Covid-19, lapor akhbar The Nation Thailand semalam.  

Pengarah Pejabat Daerah Samphanthawong, Athitaya Chokkitmanatchai mengumumkan keputusan tersebut yang akan berkuat kuasa pada 1 Februari ini. 

Sambutan perayaan di kawasan tersebut sudah dibatalkan dua kali berturut-turut sejak tahun lalu. 

Walaupun tiada acara yang dijalankan, Jalan Yaowarat tetap akan dihiasi dengan lampu hiasan di sekeliling pintu gerbang pada Bulatan Odian, jelas Athitaya.

Bagaimanapun, aktiviti tradisional orang Thai-Cina termasuk memberi penghormatan kepada dewa di pelbagai tempat akan dibenarkan.

Kedai-kedai dan restoran akan tetap dibuka tetapi dengan mengikuti langkah kawalan pencegahan Covid-19, tambah pegawai itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI