fbpx

Sebulan berkahwin, Honey Lee kini hamil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
HONEY LEE

BERITA gembira buat semua peminat Honey Lee apabila agensinya mengumumkan pelakon itu sedang berbadan dua.

Berita bermakna tersebut diumumkan pihak agensinya menerusi satu kenyataan rasmi yang dikeluarkan baru-baru ini.

“Satu nyawa berharga baharu sudah tiba buat Honey Lee. Dia masih lagi di peringkat awal, perlu berehat agar kesihatannya stabil.

“Justeru kami berasa risau untuk berkongsi maklumat terperinci. Kami meminta anda memahaminya. Doakan yang baik-baik untuk kehamilan sulung Honey,” tulis agensi.

Terdahulu, pada Disember lalu, Honey Lee atau nama sebenarnya Lee Ha-nee, 38, berkahwin dengan teman lelakinya yang bukan dalam kalangan selebriti.

Perkahwinan mereka dilakukan dalam norma baharu dan hanya dijalankan secara kecil-kecilan dalam sebuah majlis resepsi ringkas di Seoul.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI