fbpx

Pulau Burung diisytihar kawasan bencana tahap satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Laluan ke tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal yang terbakar dikawal pihak polis. FOTO: IQBAL HAMDAN

SEBERANG PERAI – Tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal di sini yang terbakar sejak lebih seminggu lalu kini diisytiharkan sebagai kawasan bencana tahap satu, namun tidak digazetkan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Lee Chong Chern berkata, segala aktiviti keluar masuk ke kawasan itu kini dipantau bagi mengelakkan berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.

Katanya, polis yang memainkan peranan selaku komandan operasi untuk Jawatankuasa Pengurusan Bencana setakat ini juga belum menerima sebarang laporan berhubung kejadian itu.

“Kalau hendak diikutkan, api di atas permukaan kawasan yang terbakar itu boleh dikatakan telah dipadam, namun bahagian bawahnya masih ada dan berasap.

“Maka, sebab itulah kerja-kerja pemadaman api ini mengambil masa untuk dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Jabatan Penerangan di Nibong Tebal hari ini.

Kebakaran yang dilaporkan sejak Rabu lalu itu membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan kawasan 16.2 hektar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI