fbpx

Polis terima 665 kes wang palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Kamarudin

PETALING JAYA – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa memantau dan mengesan sebarang kegiatan berkaitan wang palsu serta tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas kepada mana-mana kumpulan atau individu yang terlibat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd. Kamarudin Md. Din berkata, di peringkat Bukit Aman, satu unit berkaitan wang palsu telah lama ditubuhkan bagi memantau serta mengekang kegiatan jenayah itu daripada terus berleluasa.

“Penggunaan wang palsu tidak menunjukkan trend yang membimbangkan. Berdasarkan statistik, kes wang palsu telah mencatatkan penurunan yang mendadak sebanyak 65 peratus.

“Ia berdasarkan perbandi­ngan jumlah kes yang dicatatkan pada tahun 2021 iaitu sebanyak 665 kes berbanding 1,400 kes pada tahun 2020,” katanya kepada Kosmo! semalam.

Berita berkaitan: Pasangan kekasih berlagak kaya belanja pakai duit palsu

Mohd. Kamarudin membe­ritahu, pemantauan di platform dalam talian juga sentiasa dilakukan, bukan sahaja hanya berkaitan isu wang palsu, malah jenayah yang lain.

“PDRM juga sentiasa bekerjasama dengan agensi-agensi lain seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia dan Cyber Security Malaysia bagi mengesan sebarang kandungan yang berunsur jenayah atau berbahaya.

“Masyarakat diingatkan agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan berkaitan wang palsu sama ada mencetak, memiliki atau menggunakannya,” ujar­ beliau.

Menurutnya, kesalahan itu termaktub di bawah Seksyen 489A Kanun Keseksaan iaitu kesalahan memalsukan wang, Seksyen 489B kanun sama (menggunakan wang palsu) dan Seksyen 489C kanun sama (menyimpan wang palsu).

Baru-baru ini, tiga individu ditangkap polis kerana melakukan jenayah menggunakan wang palsu di lima lokasi di sekitar Negeri Sembilan.

Setakat ini, sebanyak 58 kes diterima polis berhubung penipuan penggunaan wang palsu dilaporkan di negeri tersebut sepanjang tahun lalu.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI