fbpx

Perkukuh pengetahuan alat pengukuran

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasnol Zam Zam (tengah) menyaksikan pertukaran memorandum perjanjian (MOA) antara Osman (dua kanan) dengan Zuwairi (dua kiri) pada majlis berkenaan di Hotel Everly, Putrajaya hari ini. /FOTO FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Seramai 106 pegawai penentusahan syarikat DE Metrology Sdn. Bhd. (DMSB) akan mengikuti latihan selama dua tahun dalam memantapkan pengetahuan dan pembangunan kompetensi berhubung penentusahan alat pengukuran bagi kegunaan perdagangan.

Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan SIRIM, Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, kursus kompetensi dan konsultansi itu dilaksanakan oleh Institusi Metrologi Kebangsaan Malaysia (NMIM) untuk memenuhi syarat lantikan DMSB sebagai syarikat dilesenkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP).

“Ini bagi menjalankan kerja penentusahan timbang, sukat serta alat timbang dan sukat untuk kegunaan perdagangan. Skop kursus kompetensi dan konsultansi merangkumi bendalir, masa, sukar linar dan jisim (timbang) yang dilaksanakan dalam tempoh dua tahun.

“Selain itu, ia turut merangkumi kursus dan penilaian teori secara atas talian, kurus praktikal secara video pra-rakaman dan penilaian secara fizikal di cawangan DMSB mengikut wilayah atau di kemudahan pihak ketiga serta konsultansi dan audit,” katanya ketika berucap pada Majlis Pertukaran Memorandum Perjanjian antara NMIM-SIRIM dan DMSB di sini hari ini.

Terdahulu, NMIM-SIRIM diwakili oleh Pengarah Kanan NMIM, Dr. Osman Zakaria manakala DMSB diwakili Ketua Pegawai Eksekutifnya, Zuwairi Japri Al-Manjie dengan disaksikan oleh Ketua Setiausaha KPDNHEP, Datuk Seri Hasnol Zam Zam Ahmad; Pengerusi DMSB, Datuk Seri Jamil Salleh dan Ahmad Sabirin.

Menurutnya, NMIM mempunyai lebih 80 kursus metrologi atau sains pengukuran ditawarkan secara fizikal di Sepang atau premis peserta dan sebanyak 47 kurus daripadanya dijalankan secara dalam talian.

Katanya, kursus metrologi NMIM terbahagi kepada teori dan praktikal manakala, tenaga pengajar adalah kakitangan NMIM iaitu metrologis yang mendapat latihan teknikal dalam bidang seperti pengukuran parameter jisim (kilogram), panjang (meter), masa (saat), arus (ampere), suhu termodinamik (kelvin), keamatan cahaya (candela) dan mol. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI