fbpx

Penyanyi berkostum TMSM kembali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MENAMPILKAN secara 14 selebriti daripada pelbagai cabang popular, The Masked Singer Malaysia musim kedua akan bersiaran setiap Jumaat pukul 9 malam menerusi Astro Warna.

PROGRAM pertandingan nyanyian penuh misteri yang pernah mencetuskan fenomena di musim pertamanya sebelum ini, The Masked Singer Malaysia (TMSM) kini kembali untuk musim kedua.

Bakal memulakan siaran bermula 28 Januari ini, TMSM menyaksikan persaingan sengit 14 orang barisan selebriti terkemuka negara, terdiri nama-nama hebat yang hadir daripada pelbagai cabang seni di pentas nyanyian.

Mereka terdiri daripada penyanyi, pelakon, pelawak, personaliti televisyen, atlet, pempengaruh media sosial, cef dan ramai lagi akan berentap dalam 10 minggu konsert mingguan pada setiap Jumaat.

Musim kedua TMSM juga bakal menampilkan penglibatan seramai sembilan orang figura daripada latar belakang berpengaruh dalam industri diberi penghormatan menduduki kerusi juri tetap.

SELAIN penyanyi berkostum misteri yang menjadi tarikan, TMSM2 turut dimeriahkan gelagat sembilan figura popular bertindak selaku juri tetap.

“Keputusan untuk mengadaptasi program berformat pertandingan nyanyian misteri, TMSM sebelum ini dibuat setelah mengambil kira beberapa faktor utama terutamanya dari aspek kehendak penonton yang sentiasa menginginkan kandungan-kandungan segar, penuh variasi serta memiliki keunikannya yang tersendiri.

“Program ini yang diperkenalkan di Korea Selatan pada 2015 ternyata berjaya mencetuskan satu gelombang hebat di peringkat global sehingga kemudiannya diadaptasi di negara-negara lain seperti Indonesia, Thailand, China serta Amerika.

“Keputusan membawanya ke Malaysia ternyata tepat kerana TMSM musim pertama berjaya mencetuskan satu fenomena hebat sehingga berjaya diiktiraf sebagai pemenang bagi kategori Best TV Format Adaptation (non-scripted) pada anugerah Content Asia Awards 2021,” kata Pengurus Saluran Astro Warna, Nurzeha Mohd. Salleh.

Apa yang menarik, kesemua peserta TMSM2 akan memakai kostum dari kepala hingga ke kaki dan membuat persembahan misteri.

“Karakter yang ditampilkan kali ini adalah Bujang Senang, Nanas, Mat Penyu, Seladang, Teh Tarik Kaw, Harum Manis, Periuk Kera, Aiskrim Roti, Rambutan, Ratu Semut, Orkid, Si Merak, Burung Hantu dan Pepatung.

“Kesemua kostum direka khas oleh perunding fesyen, Akma Suriati Awang, individu yang bertanggungjawab membawakan kostum-kostum pada musim pertama sebelum ini,” katanya.

AMY MASTURA
menyifatkan tugas juri
dalam TMSM2 satu tugas yang bakal menyeronokkan kerana bebas untuk melontarkan komen tanpa perlu mengenali identiti penyanyi di sebalik
topeng misteri.

Sepanjang pertandingan, setiap penyanyi akan meneruskan identiti misteri sehinggalah mereka tersingkir.

Setiap peserta juga tidak semestinya hanya bergantung pada kehebatan vokal sebaliknya harus menggunakan kreativiti bagi menambat hati juri.

Seorang juri yang juga pertama kali menyertai program tersebut, Amy Mastura turut menzahirkan rasa teruja atas peluang dan kepercayaan yang diberikan.

“Saya rasa seronok selaku juri pada kali ini dan dapat bersama sebaris para juri lain yang juga dalam kalangan rakan-rakan saya yang sudah lama tidak berjumpa.

“Saya terhibur, bebas untuk berkata-kata dan terbuka bagi melontarkan komen dalam rancangan ini.

“Saya juga sendiri sukar untuk meneka siapa di sebalik kostum-kostum berkenaan. Tapi ini satu pengalaman yang sangat menyeronokkan.

“Jujur saya katakan semua peserta berbakat, boleh mengubah suara dan menyanyi pelbagai genre,” katanya.

Musim pertama TMSM tahun lalu menyaksikan penyanyi popular tanah air, Aina Abdul dinobatkan sebagai juara dalam kostum Bunga Raya, Vanessa Ben (Rajah Broke) di tempat kedua, manakala Tuju K-Clique (Orang Utan) mendapat tempat ketiga.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI