fbpx

Pengadil mohon maaf kekalahan Milan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SERRA (dua dari kanan) menimbulkan kontroversi apabila membatalkan jaringan kedua Milan ketika menentang Spezia pada aksi Serie A awal pagi semalam. – AFP

MILAN – Ketua jurulatih AC Milan, Stefano Pioli mendedahkan pengadil perlawanan, Marco Serra telah tampil memohon maaf selepas tidak membenarkan gol kedua pasukannya ketika tewas 1-2 kepada Spezia pada aksi Serie A awal pagi semalam.

Serra membatalkan jaringan kedua Milan menerusi Junior Messias selepas dia terlebih dahulu meniup wisel untuk memberhentikan permainan kerana berjaya mengesan kekasaran yang berlaku sebelum itu.

Dalam aksi di Stadium San Siro itu, Milan jelas menguasai permainan dan berjaya membuka tirai jaringan menerusi Rafael Leao dalam babak pertama sebelum Kevin Agudelo menyamakan kedudukan buat Spezia pada minit ke-64.

Hasrat Milan untuk melonjak ke puncak Serie A tidak kesampaian apabila Spezia berjaya memperoleh gol kemenangan menerusi Emmanuel Gyasi pada hujung perlawanan.

Disebabkan itu, Pioli menu­ding jari terhadap kesilapan Serra yang menjadi faktor utama kekalahan Milan.

“Saya cuba menenangkan pemain tetapi saya gagal melakukannya. Ia sesuatu yang tidak adil, namun kami juga perlu menyalahkan diri sendiri dan berkongsi tanggungjawab ini bersama pengadil.

“Dia (Serra) ada meminta maaf dan itu bukan hanya kesilapan tetapi ia sesuatu yang memalukan. Keputusan perlawanan ini merupakan igauan buruk kepada kami,” katanya.

Milan berjaya merekodkan 25 percubaan dan ia adalah jumlah terbanyak dicipta mereka dalam saingan Serie A sejak melakukannya pada Disember 2017. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI