fbpx

Panik baki aplikasi Penang Smart Parking tinggal RM4.40

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Baki akaun pengguna aplikasi Penang Smart Parking bertukar kepada RM4.40 hari ini.

GEORGE TOWN – Pengguna aplikasi Penang Smart Parking bagi pembayaran tempat meletak kenderaan di kawasan Majlis Bandaraya Pulau Pinang dan Majlis Bandaraya Seberang Perai panik apabila mendapati baki akaun didalam e-dompet bertukar menjadi RM4.40 hari ini.

Rata-rata pengguna aplikasi itu mendakwa baki bertukar kepada angka tersebut sejak pagi biarpun mempunyai nilai lebih tinggi sebelum ini.

Pengendali aplikasi menerusi kenyataan di laman Facebook mengesahkan masalah berkenaan dan meminta pengguna tidak bimbang kerana pihaknya sedang mengatasi masalah tersebut.

“Kami sedang menghadapi isu teknikal dan pasukan kami sedang memperbaikinya segera.

“Kami memberi jaminan akaun pengguna masih selamat dan kami memohon maaf atas kesulitan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, Ketua Wanita Parti Bangsa Malaysia Pulau Pinang, Latifah Varshay Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, pihaknya menerima aduan sejak pukul 10 pagi berhubung masalah itu.

“Saya berharap masalah ini dapat diselesaikan segera dan wang-wang yang telah hilang dari akaun rakyat dikembalikan segera,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI