fbpx

Pahang peruntuk RM10 juta melalui kad kesihatan warga emas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Wan Rosdy (tiga dari kiri) melancarkan kad kesihatan warga emas Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di Rompin, semalam.

ROMPIN – Pahang terus mengorak langkah proaktif dalam menjaga kebajikan warga emas dengan melaksanakan program pemberian kad kesihatan warga emas yang julung kali di negeri ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelancaran Kad Kesihatan Kebanggaan Pahang (Pahang Pride Kasih) itu melibatkan peruntukan sebanyak RM10 juta dan memberi manfaat kepada 18,000 penerima seluruh negeri.

“Seramai 9,009 penerima Bantuan Orang Tua (BOT) Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Pahang bakal menerima kad itu untuk fasa pertama.

“Senarai 8,991 penerima selebihnya yang memenuhi syarat dan berkelayakan akan dimasukkan dalam senarai fasa kedua yang dijangka akan menerima manfaat itu bermula 1 Mac depan,” katanya selepas melancarkan kad kesihatan warga emas Pahang di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah, di sini semalam.

Yang hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Seri Dr. Sallehuddin Ishak.

Menurut beliau, kad dengan nilai RM500 itu boleh digunakan bagi rawatan prosedur am dan rawatan awal di klinik swasta seluruh negeri yang dilantik sebagai panel di bawah program tersebut.

“Pemberian kad kesihatan itu sebagai tanda komitmen kerajaan negeri dalam memenuhi keperluan asas rakyat daripada segenap usia yang menjadi antara asas belanjawan Pahang 2022,” ujarnya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI