fbpx

LZS serah bantuan kepada keluarga mangsa penggal kepala

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Suami mangsa memeluk pegawai LSZ yang hadir menyerahkan bantuan berkenaan.

SHAH ALAM – Lembaga Zakat Selangor (LZS) menyampaikan bantuan kecemasan kepada suami yang kehilangan isteri yang dipenggal kepala oleh anak mereka sendiri di Kampung Baru Pasir Penambang, dalam kejadian Ahad lalu.

LZS berkata, pasangan tersebut merupakan salah seorang asnaf dibawah pihaknya di Kuala Selangor.

“Masih ingat lagi keceriaan wajah mereka ketika majlis penyerahan rumah zakat tahun lalu.

“Kami mengharapkan pasangan ini selesa dan dapat memulakan kehidupan yang indah bersama keluarga.

“Namun dadah sekali lagi meranapkan impian dan bertukar tragedi,” katanya dalam hantaran di laman Facebook rasminya.

LZS turut memaklumkan akan menyalurkan bantuan khairat kematian bagi meringankan sedikit bebanan suami mangsa.

Sementara itu, suami mangsa berusia 61 tahun itu menzahirkan penghargaan terhadap bantuan itu.

“Pakcik mohon maaf bagi pihak arwah dan terima kasih atas bantuan dan sumbangan pengeluar zakat yang banyak membantu kami sekeluarga,” ujarnya.

Kosmo! terdahulu melaporkan seorang wanita maut dalam keadaan menyayat hati apabila kepala dipenggal anak lelakinya sendiri di rumah mereka di Kampung Baru Pasir Penambang di sini, Ahad lalu. -K!IONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI