fbpx

Lagi kluster pendidikan di NS, 13 pelajar SMA Nilai positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 13 pelajar Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai dalam Kluster Jalan Ban Aik 2 dikesan positif Covid-19 dalam ujian bergejala yang dijalankan. - FOTO: IHSAN MEDIA SOSIAL

SEREMBAN – Satu lagi kluster pendidikan dicatatkan di negeri ini hari ini membabitkan Sekolah Menengah Agama (SMA) Nilai dalam Kluster Jalan Ban Aik 2.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri S. Veerapan berkata, sehingga kini seramai 13 kes positif Covid-19 telah direkodkan dari kluster tersebut.

Menurutnya, kes bagi kluster berkenaan direkodkan dalam saringan bergejala dan kesemua yang positif adalah terdiri daripada pelajar sekolah.

“Individu yang dikesan positif telah di hantar ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC) Tampin bagi rawatan selanjutnya.

“Dalam kluster ini, sebanyak 57 individu telah disaring termasuklah warga sekolah serta kontak rapat bagi kluster tersebut. 44 individu negatif dan langkah sanitasi dilaksanakan di sekolah tersebut,” katanya ketika dihubungi di sini tadi.

Sementara itu, sehingga pukul 12.00 tengah hari tadi, terdapat 181 kes baharu positif Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan (JKNNS), menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 sebanyak 116,152 kes dan jumlah keseluruhan kes kematian Covid-19 sebanyak 1,330.

Menurut beliau, terdapat satu kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan CPRC Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan hari ini.

“Sehingga kini, terdapat lapan kluster (Tempatan) yang masih belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.

“Bagi kluster Air Hitam Jempol membabitkan Pusat Latihan Polis (Pulapol) sebanyak tujuh kes baharu direkodkan dengan jumlah keseluruhan individu positif Covid-19 seramai 150 orang.

“Manakala, bagi kluster Jalan Sikamat membabitkan Sekolah Menengah Sains Tuanku Munawir, Seremban (SASER) sebanyak 26 kes baharu direkodkan menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 56 orang.

Menurutnya, bagi kluster Segenting Bunga di Port Dickson pula, terdapat dua kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 40 orang. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI