fbpx

Kucing jadi peneman nenek strok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mariam tetap setia bersama kucing-kucing kesayangannya walaupun kini terlantar sakit akibat diserang strok di Kampung Durian Kassim, Hulu Terengganu semalam.

HULU TERENGGANU – Kehidupan seorang wanita warga emas yang periang dan aktif berubah 360 darjah selepas terkena serangan strok empat tahun lalu.

Mariam Ishak, 83, yang lumpuh dari paras pinggang kini hanya terlantar di atas katil dan memerlukan perhatian daripada anak-anaknya.

Anak bongsunya, Nor Aini Musa, 40, berkata, sewaktu sihat, ibunya merupakan seorang yang aktif selain gemar menjaga ku­cing-kucing terbiar.

“Kucing-kucing yang dikutip di jalanan dirawat dan dijaga rapi dengan penuh kasih sayang bagaikan anak sendiri. Semua berubah apabila ibu diserang strok pada tahun 2018.

“Bagaimanapun sebagai anak, saya berusaha menjaga amanah untuk menguruskan hampir 20 ekor kucing peliharaan memandang ibu tidak mampu me­lakukannya lagi,” katanya ketika ditemui di Kampung Durian Kassim di sini semalam.

Nor Aini yang merupakan anak bongsu daripada sembilan beradik berkata, keadaan ibunya yang lemah menyebabkan warga emas itu perlu dibantu untuk menguruskan diri sepanjang masa, termasuk dalam urusan makanan dan pakaian.

“Kami bukanlah orang se­nang. Saya hanya seorang anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela), manakala suami pula be­kerja di kilang kayu.

“Adik-beradik lain juga begitu, namun mereka tetap membantu untuk meringankan beban kami sekeluarga,” katanya.

Menurut Nor Aini, buat masa ini dia mengimpikan untuk me­ngubah suai sebuah bilik yang mempunyai kemudahan bilik air bagi kemudahan ibunya.

Dalam pada itu, orang ramai yang ingin membantu boleh menghulurkan sumbangan menerusi akaun bank Nor Aini 1150 0290 0021 3861 (Bank Simpanan Nasional) atau menghubunginya di talian 017-299 0612.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI