fbpx

Kematian Covid-19 bawah 10

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PUTRAJAYA – Kematian Covid-19 merekodkan kematian dibawah angka 10 dengan sembilan kes dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini mencatatkan 31,818 kes.

Menurut data pada laman web CovidNow, tiada kematian direkodkan dalam tempoh 24 jam semalam.

“Selain itu, tiada kes meninggal dunia di luar hospital atau brought-in-death (BID), dengan jumlah kes BID kekal 6,417 kes,” demikian maklumat tersebut di sini hari ini.

Kesemua kematian dilaporkan di Melaka (2), Pahang (2), Selangor (2), Kelantan (1), Sabah (1) dan Terengganu (1) serta tiada kematian di Johor, Kedah, Negeri Sembilan, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sarawak, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya.

Sebanyak 40,761 kes aktif melibatkan 33,809 kes dikuarantin di rumah, 3,994 kes di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC), 2,775 kes di hospital, 99 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 84 kes di ICU dengan bantuan pernafasan. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI