IPOH – Hujan lebat yang turun pada petang menyebabkan beberapa kawasan di Bercham dinaiki air akibat banjir kilat malam ini.
Menurut kenyataan Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Perak, pihaknya telah mengerahkan anggota ke lokasi terjejas sejak pukul 8.27 malam tadi.
“Anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dengan dibantu BBP Meru Raya kini berada di lokasi susulan kejadian banjir kilat.
“Paras air dianggarkan sedalam setengah meter dan pemantauan sedang dilakukan,” ujar kenyataan tersebut.
Beberapa penduduk yang kediaman mereka di kawasan rendah telah dipindahkan ke tempat selamat.
Operasi pemantauan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Mahmud Azaddin. – K! ONLINE