fbpx

Jabatan kerajaan perlu aktifkan koperasi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dari kiri, Abdul Fattah dan Adnan ketika sidang akhbar berkenaan isu dan kaedah menangani kenaikan kos sara hidup rakyat di Wisma Ungku Abdul Aziz, Kelana Jaya hari ini.

PETALING JAYA – Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (Angkasa) dan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Ceupacs) mengesa koperasi disetiap jabatan awam diaktifkan sebagai platform kepada rakyat untuk mendapatkan harga barangan asas dengan harga lebih kompetitif.

Presiden Cuepacs, Datuk Adnan Mat berkata, terdapat 1.62 juta penjawat awam ketika ini dan 800,000 daripadanya adalah dalam kalangan keluarga berpendapatan rendah (B40) yang perlu dibantu dan terkesan dengan situasi ini.

“Bagi membantu penjawat awam dan juga masyarakat untuk mendapat akses kepada barangan asas dengan harga yang lebih murah dari pasaran, ketua-ketua dijabatan awam perlu mengaktifkan koperasi dijabatan masing-masing.

“Ini kerana melalui kerjasama dengan Angkasa koperasi boleh mendapatkan harga barangan yang lebih murah daripada pembekal dan dapat menawarkan harga lebih berpatutan kepada pelanggan. Isu kenaikan harga barangan asas merupakan perkara yang sangat diberi perhatian oleh Cuepacs dan langkah ini akan membantu mereka yang terkesan bagi meneruskan kehidupan,” ujarnya ketika sidang akhbar.

Beliau berkata demikian bagi mengulas isu dan kaedah menangani kenaikan kos sara hidup rakyat di Wisma Ungku Abdul Aziz, Kelana Jaya, di sini hari ini.

Terdahulu, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyarankan supaya pemborong khas diwujudkan untuk koperasi peruncit bagi mendapatkan bekalan barangan secara pukal yang mana dapat mengurangkan kos sekali gus mengawal harga barangan yang dapat dijual kepada pelanggan koperasi.

Sementara itu, Presiden Angkasa, Datuk Dr. Abdul Fattah berkata, setiap tahun isu ini dibincangkan dipelbagai peringkat oleh pelbagai pihak, namun apa yang dilihat kenaikan harga barangan keperluan harian tetap meningkat.

“Pada hari ini Angkasa dan Ceupacs berbincang mengenai langkah terbaik yang dapat dilakukan bagi membantu rakyat untuk lebih mempunyai kuasa beli biarpun berdepan dengan isu kenaikan harga ini,” ujarnya.

Katanya, langkah untuk menjadi pemborong kepada koperasi ini telah dimulakan oleh Angkasa pada tahun 2019 melalui Projek Barang Asas 100 atau lebih dikenali sebagai BA100.

Jelasnya, BA100 Angkasa mahu lebih memperkasakan koperasi pemborong dan peruncit khususnya agar dapat lebih berdaya saing dan menawarkan harga lebih kompetitif kepada pengguna dan pelanggannya. – K! ONLINE

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI