fbpx

Harqis Empire sasar jualan cecah RM25 juta tahun 2022

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Nur Saidatul (lima dari kiri) bersama pengedar yang berjaya mencatat jualan tertinggi tahun 2021.

PUTRAJAYA – Harqis Empire mengunjurkan jualan pada tahun ini bertambah kepada RM25 juta berbanding RM16 juta yang direkodkan pada tahun sebelumnya.

Pengasas syarikat, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, peningkatan ini disumbangkan oleh pelbagai promosi agresif mengenai syarikat dan produk, selain fokus dalam platform pemasaran di media sosial, digital serta elektronik.

Pengasas syarikat, Nur Saidatul Akma Jamaruddin berkata, keyakinan untuk mencapai misi jualan tersebut diasaskan kepada rangkaian pengedarannya yang semakin kukuh, selain komitmen para pengedarnya di seluruh negara.

Buat masa ini, syarikat yang telah beroperasi pada tahun 2019 itu kini memiliki lebih daripada 3,000 pengedar termasuk stokis di seluruh negara.

“Dengan penjualan lebih 1.5 juta unit produk minuman kesihatan, kami mampu mengukuhkan momentum jualan meskipun berdepan pandemik Co­vid-19 yang telah memberi kesan kepada keseluruhan ekonomi negara.

“Pandemik juga memberi kesan kepada bisnes kami.

“Berkat kesungguhan serta tumpuan kami dalam bidang online, jualan meningkat tiga kali ganda.

“Syukur walaupun pada awalnya ia membuatkan pres­tasi para stokis dan ejen agak menurun, tetapi melalui latihan dan bimbingan yang diberikan, kami semua bangkit bersama ­semangat untuk berdepan cabaran tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis makan malam dan penyampaian anugerah kepada para pengedar yang berjaya mencatat jualan tertinggi sepanjang tahun 2021 baru-baru ini.

Pada majlis tersebut, seorang pengedar, Wan Rahilah Wan Abdullah dinobatkan sebagai pe­nerima anugerah Top Sale 2021 dan berjaya membawa pulang sebuah kereta Proton X50.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI