PUTRAJAYA – Harga runcit petrol RON97, RON95 dan diesel kekal bermula esok sehingga 26 Januari hadapan.
Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, petrol RON97 kekal dijual pada harga RM3.07 seliter, RON95 (RM2.05 seliter) dan diesel (RM2.15 seliter).
Katanya, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada harga siling dan diesel bagi melindungi pengguna daripada kesan kenaikan harga sebenar minyak di pasaran global.
“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya hari ini. – K! ONLINE