fbpx

Azlan tubuh pasukan AS25 Racing Team

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZLAN SHAH sedia menggunakan segala kepakarannya untuk membimbing pelumba muda yang akan bersama pasukannya iaitu AS25 Racing Team.

BEKAS pelumba MotoGP negara, Azlan Shah Kamaruzaman bakal menubuhkan pasukan persendirian untuk bersaing pada Kejuaraan Cub Prix Malaysia bagi musim 2022.

Berbekalkan pengalaman bersaing di pentas dunia, Azlan Shah menjelaskan, dia akan menggunakan segala kepakaran yang ada untuk membimbing pelumba-pelumba muda berpotensi untuk bersama pasukannya yang dikenali sebagai AS25 Racing Team.

Tegasnya, ketika ini fokus utama adalah mengenal pasti barisan pelumba dalam lingkungan 14 hingga 16 tahun untuk me­nyertai perlumbaan kategori Wira pada saingan Cub Prix 2022.

“Benar, saya akan menubuhkan pasukan sendiri yang dikenali sebagai AS25 Racing Team. Buat permulaan, saya mahu mencari pelumba muda bagi menyertai akademi saya dan sete­rusnya bersaing dalam kategori Wira pada perlumbaan Cub Prix.

“Pencarian pelumba muda ini telah bermula dan pemilihan akan dibuat tidak lama lagi. Ketika ini persiapan sudah digerakkan dan kita akan membuat penilaian pelumba.

Ketika ditanya misi dan vi­si­nya selepas membina pasukan sendiri, juara Asia itu menjelaskan, dia ingin melahirkan pelumba berkualiti yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.

“Saya akui negara mempunyai ramai pelumba tetapi rata-rata­nya tidak mencapai standard. Jadi, dengan pengalaman yang ada, saya mahu membantu negara melahirkan pelumba terbaik setaraf pelumba antarabangsa.

“Sayang kita tiada wakil di pentas MotoGP, jika diikutkan kita antara negara terbaik di Asia selepas Jepun. Justeru, saya rasa ini adalah masa terbaik untuk mencari pelumba-pelumba berkualiti dan seterusnya mampu mewakili negara di pentas lebih tinggi nanti,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI