fbpx

80,000 petugas kesihatan di Britain berisiko dipecat kerana tolak vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
PETUGAS NHS bertugas di sebuah pusat vaksinasi Covid-19 di Blackburn, barat laut England pada 17 Januari 2021. – AFP

LONDON – Berpuluh-puluh ribu pekerja Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) di Britain yang belum divaksin berdepan dengan tindakan dipecat, lapor portal berita MailOnline kelmarin.

Kesemua petugas barisan hadapan tersebut dilaporkan akan dipanggil bagi menghadiri mesyuarat rasmi bermula dari 4 Februari depan.

Pada mesyuarat itu, mereka bakal diberikan amaran akan berdepan dengan hukuman kehilangan pekerjaan.

Panduan NHS England menyatakan bahawa beberapa notis akan dikeluarkan bermula dari tarikh itu yang akan berakhir pada 31 Mac.

Semua pekerja barisan hadapan diwajibkan mendapatkan dua suntikan Covid-19 menjelang 1 April.

Menurut laporan, pengurusan hospital telah dimaklumkan bahawa mereka boleh memindahkan anggota perubatan yang tidak divaksin kepada tugasan yang tidak melibatkan kontak secara langsung dengan pesakit.

Ketua-ketua juga tidak perlu membantu pekerja mencari pekerjaan alternatif yang bersesuaian selain pembayaran lebih tidak akan dibuat kepada mereka yang diberhentikan kerja.

“Perlu diingatkan bahawa ini bukan satu langkah yang berlebihan. Dalam konteks peraturan, tiada pengurangan atau pemberhentian kerja tertentu.

“Majikan juga tidak perlu mencari pekerjaan alternatif yang bersesuaian buat pekerja selain tiada kelayakan berlebihan termasuk pembayaran, sama ada berkanun atau kontrak, yang dicetuskan oleh proses ini,” demikian menurut dokumen tersebut.

Lebih 80,000 petugas, yang merangkumi enam peratus daripada tenaga kerja keseluruhan NHS masih belum divaksinasi sehingga kini.

Anggaran kerajaan Britain pada tahun lepas mencadangkan bahawa langkah mewajibkan vaksinasi boleh menyebabkan seramai 73,000 pekerja meninggalkan perkhidmatan kesihatan itu. – AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI