fbpx

35 peratus kebakaran tapak pelupusan sampah berjaya dipadam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebakaran di tapak pelupusan sampah di Pulau Burung, Nibong Tebal dilaporkan sejak Rabu lalu.

SEBERANG PERAI – Bomba setakat ini berjaya memadamkan sebanyak 35 peratus daripada kebakaran kawasan seluas 6.5 hektar di tapak pelupusan sampah Pulau Burung di Nibong Tebal di sini yang dilaporkan sejak Rabu lalu.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri, Hafiz Hafizal Timaradin berkata, selain kaedah pengeboman air atau ‘water bombing’, bomba juga menggunakan tanah untuk melemahkan api sekaligus cuba mengawal kebakaran tersebut.

“Kita yakin bahawa tidak mungkin berlaku sebarang perebakan api lagi buat masa ini selepas ‘fire break’ dilakukan,” katanya pada sidang akhbar di Pusat Media Jabatan Penerangan di Nibong Tebal di sini hari ini.

Kebakaran yang dilaporkan sejak Rabu lalu itu membabitkan kawasan seluas 6.5 hektar daripada keseluruhan kawasan 16.2 hektar.

Kira-kira 400 penduduk di kawasan sekitar turut diarahkan berpindah, manakala 10 buah sekolah ditutup selama tiga hari kerana situasi berbahaya dan mengancam nyawa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI