fbpx

16 tahun jadi artis, Fasha tak pernah lambat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FASHA SANDHA

KUALA LUMPUR: Selama 16 tahun berkecimpung dalam industri hiburan, pelakon Fasha Sandha berani mengakui tidak pernah terlewat tiba di lokasi penggambaran walaupun hanya sekali.

Kata pemilik nama sebenar, Nur Fasha Sandha Hassan itu, pengalaman bekerja sebagai peragawati atau model menjadi faktor atau rahsia yang membuatkan dirinya mampu mengekalkan disiplin setiap kali menjayakan sebarang naskah, sekali gus disenangi pasukan produksi.

Biarpun pernah dihambat pelbagai kontroversi, Fasha juga utuh dalam kelas tersendiri impak disiplin tinggi yang sudah sebati dengan namanya.

“Biasanya saya akan pastikan sudah berada di lokasi tugasan sama ada untuk kerja penggambaran mahu pun tuntutan komitmen lain sekurang-kurangnya setengah jam lebih awal.

“Alhamdulillah, sepanjang tempoh 16 tahun bekerja sebagai anak seni saya belum pernah terlambat sebab saya tak mahu menyusahkan orang lain. Walaupun pulang lewat, saya pastikan dapat bangun awal. Ini juga ‘tips’ kita kekal relevan dan disayangi ramai

“Ketepatan masa sudah jadi tabiat saya kerana sejak bekerja sebagai model pada usia 18 tahun lagi saya sudah terbiasa memulakan hari seawal pukul 4.00 atau 5.00 pagi pagi. Masa yang pelik, orang tengah sedap tidur saya sudah mula kerja,Sampai sekarang saya masih bangun awal pagi,” jelas Fasha yang kini bergelar ibu kepada tiga orang anak.

Isteri kepada pelakon Aidil Aziz itu turut ‘mewariskan’ petua sama kepada adiknya, Elisya Sandha jika mahu kekal disenangi semua pihak dan tidak hilang tawaran biarpun sudah berumah tangga.

“Sebagai kakak yang lebih dulu menceburi arena seni tentu saja saya mahu berkongsi pengalaman dan ‘resipi’ untuk disenangi karyawan lain sekali gus memudahkan kerja orang lain. Malah kalau ada rezeki lebih, boleh saja belanja kru.

“Kalau dia berlagak diva atau tak menjaga disiplin, nama saya pun terjejas sama. Elisya pun sentiasa beringat,” kata Fasha usai majlis memperkenalkan dirinya sebagai pengguna setia atau duta produk penjagaan kesihatan Gebu Glow di ibu negara.

Berkongsi pembabitan sebagai duta dan pengguna tegar Gebu Glow keluaran Wawawien Beaute, katanya fokus pengasas produk yang mahu membantu wanita, terutama ibu tunggal menjana pendapatan menjentik perasaannya.

“Saya dibesarkan seorang wanita hebat yang juga ibu tunggal. Saya nampak bagaimana kesukarannya pada waktu itu. Melihat kegigihan mama saya dahulu membuatkan saya teruja untuk berganding bahu dengan Gebu Glow,” katanya. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI