fbpx

Susu badan bertukar hijau selepas positif Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang ibu menunjukkan bagaimana susu badannya berubah secara mendadak selepas dia terdedah kepada Covid-19. - Facebook

CANBERRA, Australia  – Seorang ibu di Australia terkejut apabila mendapati susu badannya bertukar warna menjadi kehijauan selepas dia dijangkiti Covid-19, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Ashmiry itu berkongsi dua keping gambar menunjukkan warna susu badannya sebelum dan selepas dia positif  Covid-19.

Dia berkata,  perubahan dalam warna susu badannya itu menjadi punca dia berasa tidak sedap hati dan mengambil keputusan untuk membuat ujian saringan sebelum disahkan positif koronavirus.

‘Perubahan warna susu menunjukkan bahawa badan saya dengan pantas menghasilkan antibodi terbaik buat Rubi (bayinya yang menyusu badan).

“Semuanya lengkap dalam susu badan terutama antibodi, lemak tambahan dan semua kebaikan tulen,’ tulisnya pada keterangan gambar itu.

Sementara itu, pakar-pakar kesihatan memberitahu bahawa ibu  yang dijangkiti Covid-19 tidak perlu berasa takut untuk terus menyusukan anak mereka dengan mengikut protokol kesihatan ketat.

‘Virus Covid-19 tidak ditemui dalam susu ibu tetapi mudah disebarkan antara manusia. Bercakap dengan bidan atau doktor anda untuk mendapatkan nasihat khusus untuk situasi anda dan membuat pilihan terbaik untuk diri anda,’ jelas satu kenyataan umum. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI