fbpx

Solat Jumaat : Sultan Selangor perkenan masjid, surau guna ruang sepenuhnya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

SHAH ALAM – Semua masjid dan surau kebenaran Solat Jumaat dibenarkan menggunakan sepenuhnya ruang solat utama dan limpah bagi menunaikan solat berkenaan.

Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Datuk Mohd. Shahzihan Ahmad berkata, perkara itu telah mendapat perkenan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dengan menetapkan jarak satu meter antara satu jemaah dengan jemaah lain.

Katanya, satu surat ketetapan akan dikeluarkan JAIS kepada semua masjid dan surat terlibat dalam tempoh terdekat untuk dilaksanan pada hari Jumaat bertarikh 21 Januari ini.

“Sebanyak 427 buah masjid dan 316 surau yang mendapat kebenaran Solat Jumaat akan terlibat dengannya.

“Ketetapan baharu ini akan memberikan kesan peningkatan kapasiti bilangan jemaah sehingga 35 peratus tertakluk kepada keluasan fizikal masjid dan surau,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau menegaskan, ketetapan itu juga nanti masih menetapkan bagi pihak pentadbir masjid dan surau untuk menguatkuasakan prosedur operasi standard (SOP) kepada para jemaah.

Tambah Mohd. Shahzihan, beberapa perkara berbangkit juga akan disentuh menerusi ketetapan tersebut seperti
hal ehwal aktiviti pengimarahan, pengurusan solat, pengurusan jemaah, pengurusan jenazah.

Selain itu, peranan pentadbir untuk mengambil pendekatan keseimbangan (wasotiyyah) dalam mengurus pertembungan sikap individu dan jemaah atau masyarakat dalam beberapa perkara berhubung penguatkuasaan SOP yang ditetapkan.

“Umat Islam khususnya golongan muda diharap memanfaatkan sepenuh untuk berusaha mendapat tempat bagi menunaikan kefarduan mengerjakan Solat Jumaat,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI