fbpx

SC tidak kesan pelanggaran undang-undang isu Azam Baki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Azam Baki

PETALING JAYA – Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tidak dapat membuktikan kewujudan terdapatnya pelanggaran undang-undang berkaitan pemilikan saham yang membabitkan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Katanya, kesimpulan hasil siasatan dibuat menerusi segala bukti yang telah dikumpulkan menerusi peruntukan di bawah Seksyen 25 Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“SC tidak dapat membuat kesimpulan secara muktamad bahawa terdapat kewujudan pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) Akta Perindustrian Sekuriti (Depositori Pusat) 1991 (SICDA).

“SC telah melengkapkan siasatan dengan mengikut seluruh bukti yang dikumpul, SC tidak dapat memastikan secara muktamad bahawa pelanggaran di bawah telah berlaku,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya lagi, sebagai pengawal selia pasaran modal, bidang kuasa kawal selia SC ditetapkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti Malaysia 1993 (SCA), Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 (CMSA) dan SICDA 1991.

“Dalam hal ini, siasatan tertumpu dengan isu sama ada sama ada terdapat potensi pelanggaran di bawah Seksyen 25(4) SICDA 1991.

“Seksyen 25(4) SICDA pula memperuntukkan bahawa akaun dagangan mesti dibuka atas nama pemilik benefisial atau penama yang diberi kuasa,” ujarnya. – K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI