BINTANG sensasi Bollywood, Salman Khan menceritakan kisah pertemuan kali pertama antara dia dan sahabat rapat, Sushmita Sen.
Mulanya, aktor itu menyifatkan Sushmita sebagai seorang yang kurang ajar kerana menyapanya dengan sombong ketika pertama kali bertemu.
“Saya menyapa Sushmita dan bertanya khabar, namun dia hanya bersalam sambil menaikkan kening mata sebelum berlalu pergi.
“Kemudian saya diberitahu Sushmita terpaksa menunggu dari awal pagi untuk menjalankan penggambaran,” katanya.
Sejak dari situ, Salman yang dikenali sebagai ‘bad boy’ Bollywood mula rapat dengan Sushmita.
“Saya rasa dia ada aura dan hati yang baik kerana selalu belanja makan pekerja restoran,” katanya.