fbpx

Ribut petir, hujan lebat di beberapa kawasan di Sarawak pagi ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa kawasan di Sarawak hari ini.

MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, antara kawasan yang dijangka terjejas adalah di Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman (Sri Aman), Betong, Sarikei, Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).

Jelas MetMalaysia, amaran keadaan cuaca itu dijangka berterusan sehingga pukul 11 pagi nanti.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” jelas MetMalaysia.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI