fbpx

PPS terakhir di Johor ditutup hari ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mangsa banjir di PPS Sekolah Agama Gemereh, Segamat sedang mengemas barang peribadi masing-masing sebelum PPS terakhir ini ditutup hari ini.

SEGAMAT – Keadaan banjir di negeri ini pulih sepenuhnya apabila pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Sekolah Agama Gemereh di sini ditutup pada pukul 12 tengah hari ini.

Pegawai Daerah Segamat, Hasrin Kamal Hashim berkata, PPS tersebut sebelum ini menempatkan 37 orang daripada lapan keluarga dari Kampung Seberang Batu Badak.

“Semua mangsa dibenarkan pulang selepas air di kawasan itu surut dan selamat untuk kembali ke kediaman masing-masing.

“Terkesan dengan banjir termenung berlumpur menyebabkan mereka menjadi kumpulan terakhir di daerah serta negeri ini dibenarkan pulang semula ke kediaman,” katanya ketika ditemui di PPS Sekolah Agama Gemereh di sini, hari ini.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI