fbpx

Polis sudah ambil keterangan ADUN Sedili

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA TINGGI – Polis telah memanggil Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain berhubung laporan polis dibuat seorang wanita merupakan Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu, Bahagian Kota Tinggi yang mendakwa telah menjadi mangsa gangguan seksual.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, ADUN berkenaan telah dipanggil semalam untuk diambil keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.

“ADUN telah dipanggil ke IPD Kota Tinggi semalam (untuk ambil keterangan). Siasatan lanjut masih dijalankan,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Rasman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi menafikan tuduhan ganguan seksual yang dibuat berkenaan yang melihat ia sebagai konspirasi politik dan juga cubaan untuk menjatuhkan maruahnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI