fbpx

PLUS sekali lagi tutup ruangan komen selepas ‘koyak’ dengan pengguna

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar yang memaparkan pengendali akaun Facebook Plus Malaysia sekali lagi menutup ruangan komen.

PETALING JAYA – Selepas ramai pengguna lebuh raya meluahkan rasa tidak puas hati dengan penggunaan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID), PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akhirnya menutup semula ruangan komen di laman Facebook rasminya.

Tinjauan Kosmo! di laman Facebook pengendali Lebuh Raya Utara-Selatan itu mendapati, kira-kira pukul 7 pagi tadi, pengendali laman Facebook PLUS membuka ruangan komen kepada pengguna media sosial.

Namun, kira-kira pukul 10 pagi tadi, didapati pengendali laman Facebook PLUS sekali lagi ‘menutup’ ruangan komen selepas ramai netizen meluahkan rasa tidak puas hati terhadap perkhidmatan RFID.

Antara pengguna yang sempat meluahkan perasaan di laman Facebook PLUS adalah seperti Gaban Kuasa Dua.

“Nasihat orang jela pandai, orang complain/ nasihat pasal RFID tak nak dengar siap tutup komen. Macam budak-budak admin,” luahnya.

Turut meninggalkan komen adalah seorang lagi pengguna dikenali sebagai Muhammad Maarof.

“Baikilah perkhidmatan, jangan menyusahkan pengguna yang menggunakan lebuh raya,” tulisnya pada ruangan komen.

Terdahulu, PLUS sebelum ini mengumumkan akan beralih kepada sistem pembayaran transaksi tol RFID secara berperingkat bermula 15 Januari.

Kosmo! semalam melaporkan beberapa Plaza Tol PLUS di sekitar Lembah Klang sesak teruk berikutan pelaksanaan RFID.

Keadaan sesak itu dilaporkan berlaku seawal pukul 7 pagi ketika orang ramai mula bergerak ke tempat kerja.

Difahamkan, keadaan sesak itu juga menyebabkan pengguna jalan raya mengambil masa kira-kira 30 minit untuk melepasi tol berkenaan.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI