fbpx

Pemandu treler ‘pelesit’ disaman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu treler yang hadir ke BSPT IPD Kuala Selangor sebelum dikenakan tindakan saman, semalam.

KUALA SELANGOR – Tindakan seorang pemandu treler memandu seperti pelesit dengan memotong dari sebelah kiri jalan di Kilometer 46 Jalan Klang – Teluk Intan hingga tular memakan diri apabila disaman, semalam.

Suspek berusia 50an dikenakan saman selepas diminta hadir bersama treler yang digunakan semasa kejadian ke Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor.

Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, pihaknya terdahulu mengesan sebuah video berdurasi 44 saat di laman sosial Facebook kira-kira pukul 8.30 pagi semalam berhubung tindakan suspek tersebut.

“Siasatan mendapati kejadian kira-kira pukul 3 petang, kelmarin dan polis berjaya mengesan pemandu treler itu.

“Pemandu dan kenderaan yang digunakan kemudianya telah diminta hadir ke BSPT untuk tindakan selanjutnya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ramli menegaskan, pihaknya telah mengeluarkan saman di bawah Rule 6(1)A LN 165/59 kerana memotong secara bahaya atau potong Q.

“Pemandu tersebut juga dinasihati supaya memandu dengan bertanggungjawab dan bertimbang rasa kepada pengguna jalan raya yang lain,” jelasnya. -K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI