fbpx

Marquez bakal beraksi pramusim di Sepang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MARQUEZ

PORTIMAO – Pelumba Repsol Honda, Marc Marquez kemungkinan akan beraksi pada sesi ujian rasmi pramusim di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 5 hingga 6 Februari depan selepas kembali menjalani latihan me­nunggang jentera baharu Honda RC213V-S di Litar Algarve, Portugal kelmarin.

Juara MotoGP enam kali tersebut disahkan mengalami diplopia (masalah mata yang menyebabkan objek dilihat berganda) berikutan kemalangan dalam sesi latihan yang menyebabkan gegaran di kepalanya sebelum ini.

Bagaimanapun, Marquez mengakui pemulihan kecede­raan diplopia berjalan baik dan selepas menanti lebih tiga bulan, pelumba Sepanyol itu mendapat lampu hijau daripada doktor untuk memulai latihannya semula.

“Untuk mengesahkan saya benar-benar akan ke Malaysia, saya perlu cuba beraksi di litar grand prix lain terlebih dahulu. Saya mahu segalanya 100 peratus sebelum memulakan aksi pramusim saya.

“Bila saya mula kembali bersama jentera, ini bermakna saya mempunyai penglihatan yang sempurna, tetapi pada masa ini saya mahu mengikut nasihat doktor.

“Doktor mahu melihat apa reaksi saya bila berada di litar dengan kelajuan tinggi. Mereka mahu menilai semua perkara termasuk sama ada keadaan letih mampu memberi masalah atau tidak.

“Mereka akan menilai terperinci sebelum membenarkan saya berlepas ke Malaysia untuk menjalani aksi pramusim nanti. Nampaknya, ketika ini segalanya menuju ke arah yang baik,” kata Marquez. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI