fbpx

Lima pengacara korek ilmu enam ‘master’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MASTER In The House Malaysia (MITH) yang diserikan lima selebriti tempatan, Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose, Scha Elinnea dan Meyrasam bersiaran setiap Sabtu, jam 10 malam di TV3 bermulai 15 Januari lalu.

BARU satu episod, program Master In The House Malaysia (MITHM) sudah dikritik penonton.

Semuanya gara-gara lima pengacaranya, Andi Bernadee, Sharifah Rose, Hael Husaini, Scha Elinnea dan Meyrasam berbahasa Inggeris dalam e­pisod pertama yang turut menampilkan BamBam dari kumpulan Got7 sebagai tetamu jemputan.

Tampil meleraikan pertikaian ramai, Andi menjelaskan pemilihan untuk bertutur dalam bahasa Inggeris ialah permintaan pihak syarikat produksi gergasi, Seoul Broadcasting System (SBS) bagi memudahkan tugas terjemahan sari kata.

“Semua bengang ya sebab kami bertutur dalam bahasa Inggeris sepenuhnya? Sabar, kami semua hanya mengikut arahan dan tiada niat nak menunjuk fasih berbahasa Inggeris

“Lagipun yang menyunting video untuk episod kami di Korea Selatan ialah SBS sendiri dan sebab itu mereka minta bahasa Inggeris sepenuhnya supaya mudah mereka nak buat terjemahan,” katanya dalam satu video InstaStory baru-baru ini.

Beberapa hari lalu, segelintir netizen lantang mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris dalam episod pertama MITHM.

“Pihak stesen televisyen, jika nak ikut rancangan di Korea, perluaskanlah penggunaan bahasa ibunda kita.

“Mereka (pengacara) orang Malaysia. berhentilah berbual dalam bahasa asing, kita ada bahasa sendiri,” komen seorang netizen.

Tutup soal kecaman. jika ada yang pernah menonton program Master In The House Korea, kini peluang menyaksikan barisan selebriti tempatan bergelar ‘master’ dalam rancangan tersebut tidak sepatutnya dilepaskan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Nini Yusof berkata, MITH versi Malaysia sebenarnya tercetus hasil daripada pengamatan betapa hebatnya Korea Selatan mempromosikan budaya K-pop di mata dunia.

Mula bersiaran sejak 15 Januari, program berkenaan menampilkan Hael Husaini, Andi Bernadee, Sharifah Rose, Scha Elinnea dan Meyrasam yang berguru dengan lapan master disegani dari Korea Selatan dan Malaysia.

Dahagakan ilmu dari master

Membariskan ramai selebriti dan figura terkenal tanah air sebagai ‘master’, Nini memberitahu ilmu yang dititipkan mereka amat berharga khususnya buat lima pengacara terbabit.

“Kita dapat lihat bagaimana proses ‘master’ dipilih dan kesungguhan semua petugas produksi yang sangat berdisiplin dalam melaksanakan tugas.

“Pengalaman tersebutlah yang ingin diberikan kepada lima pengacara berkenaan dan penonton,” ujarnya.

Nini memberitahu, lima pengacara program realiti itu bertuah kerana berpeluang menimba ilmu dua master dari Korea Selatan yang juga merupakan selebriti terkenal iaitu BamBam Got7 dan pengajar koreografer BTS, Son Sung-deuk.

“Sung Deuk dan BamBam cukup terkenal di Korea Selatan. Sejujurnya memang agak sukar, lebih tiga bulan juga kami cuba ‘mengurat’ untuk mendapatkannya dalam program ini.

“Kami dedahkan mereka dengan pengalaman dua individu berkenaan dengan harapan mampu menjadi panduan kepada lima selebriti untuk peningkatan kerjaya seni,” ujarnya.

Jangan banding, tonton dahulu

Sementara itu, penerbit program, Ahmad Azahari Mohamad Ali bersedia sekiranya terdapat kritikan membandingkan MITH versi Korea dan Malaysia.

Katanya lagi, proses penggambaran produksi Malaysia dan Korea sememangnya sangat berbeza, terutama dari segi penggunaan alatan seperti kamera.

“Produksi Korea menggunakan sebanyak 20 kamera ketika penggambaran dan itu merupakan jumlah minimum. Sangat berbeza dengan produksi Malaysia yang hanya menggunakan empat kamera.

“Cabaran lain termasuklah menjalani penggambaran ketika musim pandemik.

“Memandangkan jumlah yang terbabit dalam produksi sekitar 20 orang, kita terpaksa mencari lokasi mempunyai ruang besar sebagai mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan,” katanya.

Selain dua master Korea, enam master Malaysia yang terbabit dalam MITHM ialah pengarah dan pelakon, Datuk Yusof Haslam, penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza, pemain legenda sukan badminton, Datuk Rashid Sidek, cef selebriti, Sherson Lian serta penerbit dan pengarah animasi Ejen Ali, Usamah Zaid.

Program tajaan CheongKwanJang (CKJ) bersama Lifebuoy, Samsung Galaxy Z Flip3 5G sebanyak 10 episod tersebut bersiaran setiap Sabtu, pukul 10 malam di TV3.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI