fbpx

Kepimpinan institusi kehakiman syariah diminta henti berbalah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Datuk Zainul Rijal Abu Bakar

PETALING JAYA – Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia (PPMM) meminta kepimpinan institusi kehakiman syariah menghentikan polemik berbalas kenyataan mengenai kes sedang dihadapi seorang hakim kanan syariah.

Presidennya, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, polemik berbalas kenyataan telah menyerlahkan perpecahan dalam kalangan kepimpinan tertinggi syariah di Malaysia.

“Ia memburukkan lagi persepsi masyarakat terhadap institusi ini sementelahan dengan isu hakim kanannya yang masih belum diselesaikan. Peguam masing-masing juga berbalas kenyataan.

“Demi mengembalikan nama baik institusi ini, adalah wajar permasalahan ini diselesaikan secara baik mengikut ajaran Islam. Sedangkan lidah lagikan tergigit, apatah lagi sesama rakan sekerja,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Zainul Rijal berkata, PPMM mencadangkan agar menteri berkaitan agama memandang serius usaha menyelesaikan polemik perpecahan dalaman tersebut yang telah lama membarah, tetapi tidak diendahkan oleh pihak berwajib.

Menurut beliau, menteri yang bertanggungjawab kepada Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM) perlu menyelesaikan polemik itu segera supaya JKSM tidak mengalami defisit kepercayaan awam sebagaimana dialami beberapa institusi lain.

“Mutakhir ini institusi agama di negara kita sering diserang dengan pelbagai fitnah dan mehnah. Situasi menjadi semakin parah apabila institusi kehakiman syariah juga telah meraih banyak perhatian.

“PPMM menyeru semua pihak kembali ke meja rundingan untuk berbincang demi memelihara integriti, kewibawaan dan maruah Mahkamah Syariah,” katanya.

Polis sebelum ini mengesahkan sedang menyiasat seorang hakim kanan syariah selepas didakwa melakukan gangguan seksual terhadap wanita yang sudah berkahwin pada tahun 2020. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI