fbpx

Keletihan punca West Ham rebah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ANTONIO terduduk kecewa selepas mensia-siakan peluang untuk membantu West Ham yang akur tewas 2-3 kepada Leeds di Stadium London malam kelmarin. – AFP

LONDON – Pengurus West Ham United, David Moyes menegaskan, keletihan menjadi punca pasukan itu tewas 2-3 kepada Leeds United pada saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di Stadium London malam kelmarin.

Bekas pengendali Manchester United itu berang dengan tindakan penganjur Liga Perdana yang dianggap tidak konsisten dalam menyusun jadual perlawanan sehingga menjejaskan tahap kecergasan pemain.

Moyes menjelaskan, kecergasan pemain-pemainnya masih belum pulih sepenuhnya selepas beraksi menentang Norwich City Khamis lalu, sekali gus menyaksikan West Ham menampilkan aksi kurang bermaya.

“Memang dari awal lagi kami tidak bersetuju untuk menentang Norwich pada hari minggu. Mengapa kami perlu bermain dua perlawanan se­minggu sedangkan Leeds juga masih kurang dua perlawanan.

“Semua pasukan baru sahaja mengharungi jadual padat ketika Krismas. Saya fikir penganjur tidak faham apa itu proses pemulihan sehingga memberi kesan terhadap pasukan bertanding,” luah beliau.

Pada perlawanan itu, West Ham menjaringkan gol menerusi Jarrod Bowen dan Pablo Fornals, manakala pasukan pelawat memperoleh tiga gol hasil jaringan hatrik pemain sayap, Jack Harrison.

“Mungkin saya tidak berani untuk meminta aksi menentang Norwich sebelum ini ditangguh. Selepas ini, saya tidak akan menurut sahaja arahan kerana ia menyebabkan pasukan berada dalam keadaan tertekan,” ujar Moyes. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI