fbpx

Stor Guardian ke-500 tanpa lantai, dinding

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TAE HOON (kiri) bersama kakitangan Guardian meraikan pelancaran stor ke-500 di Kuala Lumpur baru-baru ini.

PETALING JAYA – Rangkaian kedai runcit farmaseutikal, Guar­dian Malaysia merekodkan satu lagi pencapaian utama menerusi pelancaran rangkaiannya yang ke-500 baru-baru ini.

Apa yang menarik, stor ber­kenaan tidak berlantai, tidak berdinding dan beroperasi 24 jam sehari, tujuh hari seminggu.
Pengarah Komersial & E-Dagang Serantau, DFI Retail Group Asia Tenggara, Kim Tae Hoon berkata, stor ke-500 Guardian Malaysia adalah aplikasi mudah alih baharu Guardian yang menawarkan pelbagai kemudahan termasuk tawaran eksklusif dan penghantaran ke seluruh negara dalam tempoh tiga hingga 10 hari bekerja.

“Kami terus menambah stor-stor fizikal sejak dua tahun lalu kerana menyedari pelanggan masih ingin berkunjung ke stor apabila berada berhampiran mereka.

“Pada masa yang sama, kami turut mempercepatkan perjalanan transformasi digital dan membangunkan saluran e-dagang kerana kami mengiktiraf penerimaannya yang semakin meningkat dalam kalangan pe­langgan dan perniagaan,” kata­nya dalam satu kenyataan.

Aplikasi mudah alih baharu Guardian boleh dimuat turun menerusi Apple App Store dan Google Play Store.

Selain menawarkan lebih 10,000 barangan keperluan kesihatan dan kecantikan, pelanggan turut menikmati platform pembayaran yang selamat dan dipercayai, penghantaran percuma serta lebih banyak peluang untuk mendapatkan e-baucar.

Menurut Tae Hoon, bagi me­raikan pelancaran stor ke-500 itu, Guardian turut mengadakan peraduan istimewa Beli dan Menang App-Clusive yang menawarkan hadiah bernilai sehingga RM50,000 untuk dimenangi.

“Hadiah pertama adalah set barang kemas Habib Citrine and Diamond bernilai RM12,800, hadiah kedua berupa sebuah Kerusi Urut Ogawa Luxe Amour bernilai RM6,599, manakala lima hadiah ketiga ialah peranti Habo Cleaning Foaming Ogawa bernilai RM349 setiap satu.

“Secara keseluruhannya, 500 pemenang akan dapat memenangi sembilan jenis hadiah,” ujarnya.

Tae Hoon menambah, bagi pembelian pertama menerusi aplikasi berkenaan, pihaknya akan memberikan potongan RM15 daripada pembelian berserta penghantaran percuma.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI