fbpx

Dollah Salleh terlibat kemalangan, Vellfire masuk gaung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan kereta Toyota Vellfire yang terbabas ke dalam gaung.

KUALA PILAH – Bekas jurulatih kebangsaan yang kini mengendalikan pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh dan keluarga terlibat kemalangan apabila Toyota Vellfire yang dinaiki terbabas ke dalam gaung di kilometer lapan Jalan Kuala Pilah-Batu Kikir, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9 malam itu, mangsa, Dollah Salleh, 59, yang merupakan penumpang kenderaan mengalami sakit di bahagian tengkuk manakala tujuh yang lain dipercayai keluarganya tidak mengalami sebarang kecederaan serius.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintendan Amran Mohd Ghani, siasatan awal mendapati, semasa pemandu Muhammad Shafiq Shukaimi, 34, serta penumpang termasuk bayi lelaki berusia sembilan bulan dalam perjalanan dari arah Muadzam Shah, Pahang menuju ke Shah Alam, Selangor.

“Apabila sampai di tempat kejadian ketika sedang bergerak terus di laluannya, tiba-tiba kenderaan yang dipandu telah hilang kawalan, lalu terus terbabas ke bahu jalan laluan arah bertentangan.

“Siasatan lanjut masih diteruskan dan kes disiasat di bawah Rule 10 LN 166/59,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI