fbpx

7 PATI hilang bot karam dipukul ombak di Pulau Pisang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua lelaki disyaki tekong laut ditahan selepas terselamat dalam kejadian bot karam di perairan Pulau Pisang, Pontian, Johor, malam tadi.

PONTIAN – Tujuh pendatang asing tanpa izin (PATI) Indonesia dikhuatiri hilang selepas bot dinaiki mereka tenggelam dipukul ombak di perairan Pulau Pisang di sini malam tadi.

Dalam kejadian pada pukul 11 malam itu, lima yang lain termasuk dua tekong masing-masing terselamat.

Manakala, seorang lagi mangsa iaitu seorang wanita dilaporkan kritikal dan menerima rawatan di Hospital Pontian.

Ketua Polis Daerah Pontian, Superintendan Mohammad Shofee Tayib berkata, hasil maklumat awal, bot gentian kaca (fibre) dikendalikan dua tekong berlepas dari Pulau Batam, Indonesia kira-kira pukul 7 malam tadi.

“Bot tersebut dinaiki dua tekong bersama 11 PATI wanita itu berlepas dari Pulau Batam, Indonesia disyaki cuba memasuki negara ini secara haram.

“Mereka cuba mendarat di perairan Pontian, namun selepas sampai perairan Pulau Pisang di sini, bot dinaiki dipukul ombak dan terbalik sebelum karam,”katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pontian di sini hari ini.

Mohammad Shofee berkata, mangsa yang ditemui hidup diselamatkan nelayan tempatan di kedudukan 0.3 batu nautika barat daya Pontian Besar.

Manakala, kesemua mereka yang masih hilang terdiri daripada wanita berusia antara 20 hingga 40.

Difahamkan, wanita-wanita terbabit dijanjikan untuk bekerja sebagai pembantu rumah di Kuala Lumpur.

Jelasnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) sedang giat dijalankan dan sehingga 12 tengah hari masih belum menemui mangsa yang hilang.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI