fbpx

26 terkorban gempa bumi di Afghanistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kebanyakan mangsa berasal dari daerah Qadis di wilayah Badghis. - Al Jazeera

KABUL – Sekurang-kurangnya 26 orang maut dalam bencana gempa bumi berukuran 5.3 pada skala Richter yang menggegarkan sebuah wilayah pergunungan di barat laut Afghanistan semalam.

Mangsa-mangsa meninggal dunia selepas dihempap bumbung-bumbung  rumah yang runtuh di daerah Qadi,  wilayah Badghis, kata jurucakap tempatan, Baz Mohammad Sarwary.

“Lima wanita dan empat kanak-kanak  antara yang terkorban dalam gempa bumi tersebut,” kata Baz sambil menambah, empat mangsa lagi cedera.

Agensi Kajian Geologi Amerika Syarikat melaporkan,  gempa itu berlaku pada kedalaman 19.3 kilometer (km), sekitar 40.2 km ke timur Qala-e-Naw  pada pukul 1.40 tengah hari (waktu tempatan).

“Kawasan paling teruk terjejas adalah Badruk, Darband-e-Safed dan Khak Polak di daerah Qadis, timur ibu kota wilayah Badghis,  Qala-e-Naw,” kata Ketua Daerah, Mohammad Saleh Purdil kepada agensi berita Xinhua.

Gegaran akibat gempa itu turut dirasai di wilayah-wilayah berhampiran seperti Herat dan Farah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI