fbpx

Tunggu laporan forensik kebakaran kedai kacang putih

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Polis sedang menjalankan siasatan berhubung kejadian kebakaran kedai memproses kacang putih di Kampung Kacang Putih, Buntong semalam.

IPOH – Siasatan berhubung kejadian kebakaran kedai memproses kacang putih di Kampung Kacang Putih, Buntong semalam sedang dijalankan bagi mengetahui punca kebakaran.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, pihaknya kini menunggu laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkaitan kejadian.

Menurut beliau, laporan forensik itu akan menentukan punca sebenar kebakaran tersebut.

“Jika kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat, maka siasatan akan diambil alih pihak polis.

“Kalau kebakaran biasa disebabkan litar pintas atau sebagainya, kita serahkan kepada bomba untuk sediakan laporan.

“Polis tidak masuk campur siasatan yang dijalankan bomba. Setakat ini, kita belum dapat maklumat terdapat unsur sabotaj,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi itu, sebuah rumah dua tingkat yang terletak bersebelahan kedai tersebut turut rosak selain sebuah motosikal dan van.

Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI