fbpx

Tular gadis berkahwin tanpa suami, hanya ‘ditemani’ keris

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Upacara perkahwinan Melina yang tular kerana tanpa kehadiran calon suami dan hanya bertemankan sebilah keris pada 12 Januari lalu. - TikTok

JAKARTA – Seorang gadis terpaksa melalui detik menyedihkan apabila berkahwin tanpa calon suami dan diganti dengan kehadiran sebilah keris sebagai simbolik lelaki, lapor Suara.com, semalam.

Pengantin perempuan, Ni Putu Melina,22, yang berasal dari Kecamatan Blahbatuh, Pulau Bali melangsungkan majlis tersebut sendirian pada 12 Januari lalu selepas bakal suaminya secara tiba-tiba enggan meneruskan perkahwinan.

Bapa Melina, I Ketut Suwrdita berkata,  punca pembatan perkahwinan adalah kerana sang lelaki enggan mengikut adat tradisional masyarakat Bali iaitu ‘nyentana’

‘Nyentana’ adalah  adat di mana lelaki perlu tinggal di rumah keluarga wanita sehingga isterinya hamil.

“Mereka sudah lama bercinta, namun kerap  putus dan disambung semula. Pada mulanya, bakal suaminya setuju untuk ‘nyentana’ bagi tempoh sehingga anak saya disahkan hamil selepas berkahwin.

“Apabila persiapan perkahwinan sudah selesai, lelaki itu tiba-tiba tidak mahu untuk ‘nyentana’,” jelas Ketut.

Menurut Ketut, dia tidak sampai hati membatalkan majlis perkahwinan itu lalu mengambil keputusan meneruskannya dengan menggantikan sosok suami dengan sebilah keris.

“Saya tidak malu video perkahwinan tanpa suami Melina tular kerana saya mahu orang tua dan gadis-gadis di luar sana ambil pengajaran apa yang berlaku.

“Cukup anak saya seorang yang diperlakukan begini,” jelasnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI