fbpx

Tanam pokok keladi dalam mesin basuh, peti ais

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar mesin basuh dan peti sejuk yang dijadikan pasu untuk tanaman pokok keladi.

PETALING JAYA – Tindakan seorang wanita yang menggunakan mesin basuh dan peti sejuk yang telah rosak untuk dijadikan ‘pasu’ pokok keladi berjaya menarik perhatian orang ramai.

Idea kreatif itu dikongsi oleh seorang anak wanita berkenaan menerusi sebuah video berdurasi 14 saat di laman aplikasi Tiktok yang menggunakan nama @nia_syaqiera.

“Bulan lepas mama bagitahu mesin basuh dekat bilik abang tiba tiba berasap, lepastu saya beritahu nanti saya akan beli sekali balik rumah mesin basuh dah dekat luar rumah jadi tempat tanam pokok.

“Peti sejuk pertama yang arwah abah belikan untuk mama, banyak kali dah peti sejuk ni berpindah randah. Peti sejuk ni dah banyak tahun rosak dan tersadai sebelah rumah namun mama simpan sahaja sehinggalah muncul idea kreatif macam ini,” jelas syaqiera.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai teruja melihat pokok-pokok keladi yang berada di dalam mesin basuh dan peti sejuk tersebut.

“Kreatif sungguh mama awak, nak beli pasu pun sekarang harga pasu dah mahal,” ujar @arissanashwaa.

“Amboi mama awak, mentang-mentang la keladi harga mahal sekarang ni,” jelas @zetty.

“Mesti mak awak risau orang ambik pokok keladi itulah sebab mak awak simpan di tempat rahsia,” kata @imah1910.

Sehingga kini, perkongsian tersebut meraih 308,500 ribu tontonan dan lebih 14,800 ribu tanda suka di laman aplikasi Tiktok. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI