fbpx

Siti Saleha cerai talak satu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Siti Saleha dan suaminya sah bercerai talak satu hari ini.

PETALING JAYA – Pelakon Siti Saleha sah bercerai talak satu dengan suaminya Ahmad Lutfi Azhar dalam satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor pagi tadi.

“Okey untuk hari ini kami sudah bercerai secara baik.

“Jodoh kami tidak panjang, sampai di sini saja. Itu sajalah saya nak cakap. Selebih itu saya tak nak ulas apa-apa.

“Kami tak ada persefahaman, itu saja. Terima kasih,” katanya.

Terdahulu, pada 13 Oktober tahun lalu, pelakon drama fenomena 7 Hari Mencintaiku itu mengesahkan dia sudah memfailkan perceraian terhadap Ahmad Lutfi, 36 selepas dibenarkan mahkamah.

Berita mengenai keretakan rumah tangga mereka mengejutkan ramai pihak apabila Saleha sebelum ini tidak pernah berkongsi mengenai masalah peribadi secara terbuka dalam media sosial mahupun bersama media.

Meninjau dalam Instagram, kali terakhir pelakon itu memuat naik gambar dia bersama suami pada 24 Mac tahun lalu.

Hantaran tersebut sempena meraikan sambutan ulang tahun kelahiran Ahmad Lutfi yang ke-35.

Untuk rekod, Saleha, 32, melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017. Hasil perkahwinan mereka tidak dikurniakan cahaya mata. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI