PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran hujan lebat berserta ribut petir di beberapa buah negeri sehingga pukul 7 malam nanti.
MetMalaysia dalam satu kenyataan berkata, hujan lebat berserta ribut petir dijangka melanda beberapa kawasan di negeri Kedah, Perak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan Labuan.
“Keadaan hujan lebat berserta ribut petir dijangka melanda daerah Kulim dan Bandar Baharu di Kedah pada petang ini.
“Turut diramal melalui keadaan cuaca sama ialah di Perak (Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Hulu Langat dan Sepang) serta seluruh Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan,” katanya di sini tadi.
Dalam pada itu, MetMalaysia memaklumkan, keadaan sama turut dijangka berlaku di Seremban, Negeri Sembilan.
“Manakala di Sarawak pula, keadaan hujan lebat dan ribut petir diramal berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa dan Betong), Sarikei (Pakan dan Julau), Sibu, Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Subis, Miri dan Marudi) dan Limbang.
“Keadaan sama juga dijangka akan melanda beberapa kawasan di negeri Sabah iaitu Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort dan Nabawan), Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Kota Belud), Tawau (Tawau) dan Sandakan (Tongod),” ujarnya. – K! ONLINE