fbpx

Saya hanya tidur, tidak nampak bunian – Azim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar sesi ‘live’ adik Azim menjelaskan kepada pengguna laman sosial berkenaan kehilangan dirinya minggu lalu.

PETALING JAYA – Seorang remaja berusia 13 tahun yang sebelum ini dilaporkan hilang di Kampung Pasir Linggi, Gua Musang, Kelantan, Muhammad Iznun Al Azim Mahadi tidak tahu sama ada dirinya ‘diculik’ atau ‘disorok’ bunian dalam kejadian itu.

Perkongsian menerusi sesi ‘live’ di laman sosial milik abangnya @iznunmariam1, Muhammad Iznun yang tidak ditemukan dalam tempoh lebih 30 jam itu memberitahu, ketika kejadian, apa yang diingati olehnya cuma ‘tidur selama sejam’.

“Saya tak nampak apa-apa pun,” katanya ketika ditanya pengguna laman sosial sama ada dia bertemu atau nampak penempatan bunian semasa kejadian itu.

Malah katanya, apa yang hilang sepanjang dia ‘tidur selama sejam’ itu adalah kad sim miliknya.

“Itu sahaja yang hilang, telefon yang saya letak dalam kocek seluar masih okey,” jelasnya.

Malam Ahad lalu, Azim yang dipanggil adik oleh abangnya, dilaporkan hilang selepas membuang air kecil dalam semak berhampiran rumahnya.

Azim ditemukan pada keesokan hari bersendirian di tepi sungai di Kampung Pasir Linggi, kira-kira dua kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Dipercayai, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Laloh, Kuala Krai itu keluar dari rumah kira-kira pukul 9 malam untuk lepak bersama rakan sebelum ibunya menyedari remaja itu tidak pulang kira-kira pukul 3 pagi.

Dalam pada itu, adik Azim yang menerima pelbagai hadiah daripada orang ramai sejak dia ditemukan minggu lalu turut meluahkan rasa syukur dan terima kasih. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI