fbpx

Pesara guru rugi RM100,000 ditipu ‘ejen insurans’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

ALOR SETAR – Seorang pesara guru wanita berusia 60 tahun kerugian RM100,000 setelah diperdaya seorang individu mengaku ejen insurans pada awal bulan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kedah, Superintendan Elias Omar berkata, mangsa berusia 60 tahun dari Changlun dekat sini dihubungi seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai ejen insurans dari Kuala Lumpur pada 3 Januari lalu.

Kata beliau, ejen insurans itu memaklumkan mangsa ada membuat tuntutan insurans berkaitan satu kemalangan.

“Mangsa menafikan dia membuat tuntutan insurans tersebut dan diminta membuat laporan di Balai Polis Pudu secara dalam talian.

“Panggilan itu kemudian disambungkan kepada seorang lelaki yang mengaku pegawai polis berpangkat Sarjan dari balai berkenaan untuk membuat pengesahan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, suspek seterusnya memaklumkan hasil semakan nombor kad pengenalan mangsa dan mendakwa wanita itu turut terlibat dalam kes pengubahan wang haram.

“Suspek memaklumkan waran tangkap ke atas mangsa telah dikeluarkan dan bagi mengelak ditangkap, mangsa diminta membuat laporan setiap dua jam kepada suspek menerusi aplikasi WhatsApp.

“Mangsa juga diminta untuk memberikan 16 digit nombor tertera pada kad mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akaun Bank Rakyat milik mangsa serta butiran perbankan dalam talian untuk tujuan siasatan selain diminta menunggu selama tiga minggu,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI