fbpx

Penunggang motosikal ‘ceroboh’ laluan pejalan kaki

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penunggang motosikal yang menggunakan laluan pejalan kaki.

PETALING JAYA – Tindakan beberapa penunggang motosikal yang menunggang motosikal di laluan pejalan kaki menerima kecaman pelbagai pihak memandangkan tindakan itu boleh memberi ancaman kepada keselamatan orang ramai yang menggunakan laluan berkenaan.

Berdasarkan perkongsian gambar di laman sosial Twitter oleh Wany, wanita itu melahirkan rasa marahnya kerana masih ada lagi segelintir individu menunggang motosikal menggunakan laluan pejalan kaki sebelah terowong pejalan kaki berdekatan bangunan KTMB KL.

“Ada juga jenis bawa laju hingga mengakibatkan saya hampir nak kena langgar. Kami pejalan kaki ini laluan sekecil itu pun masih ada juga motor mahu lalu,” jelas Wany di Twitter.

Pihak trafik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) juga telah menerima aduan daripada kenyataan ini.

“Terima kasih atas info puan, aduan ini akan disalurkan kepada yang berkenaan untuk perhatian dan tindakan seterusnya. Maaf di atas kesulitan yang dialami,” ujar @Itis_Trafikdbkl.

Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai memberikan emosi marah yang sama terhadap penunggang motosikal yang menunggang di laluan pejalan kaki.

“Ye betul saya pun tidak faham kenapa ada motor yang lalu tempat jalan kaki ini. Punya lah ada jalan sebesar alam, nak jugak lalu kat tempat jalan kaki yang kecil. Selepas itu, kita pula yang kena elak dia,” kata @adbhothmn.

“Siap kena hon lagi tau lepas tu dia buat macam kita bersalah lalu laluan pejalan kaki tu. Kebanyakan orang macam ni tak pernah merasa menjadi pejalan kaki,” jelas @neinzad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI